Dr. Halina
Kenali Dr. Halina
Dilahir dan dibesarkan di Johor Bahru, Dr Halina Haron memulakan kerjayanya secara penuh masa di bidang pergigian sejak 1988 setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan kelulusan Bachelor of Dental Surgery. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran untuk mendapat sarjana Master of Community Dentistry dari universiti yang sama pada 1995. Beliau bertugas dalam Angkatan Tentera lebih 14 tahun, memegang pangkat Major (Dr) sebelum beralih ke bidang swasta pada 2002 dengan membuka klinik di Bangsar, Kuala Lumpur.
Semasa bertugas di Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia, beliau banyak pergi ke merata-rata tempat di negara ini dan luar negara atas tujuan profesional untuk menyampaikan kertas kerja termasuk pada persidangan antarabangsa semasa World Congress for Preventive Dentistry (Kongres Pencegahan Pergigian Sedunia), di Cape Town, Africa Selatan. Beliau juga menyampaikan kertas kerjanya di universiti tempatan dan telah dijemput untuk menyumbang rencana-rencana bagi media tempatan. Beliau sering diminta untuk menyumbang bahan-bahan tulisan mengenai pergigian di beberapa majalah dan suratkhabar seperti Majalah Rapi, Pengantin, Mingguan Wanita, Pa & Ma, Mami & Baby, Fokus, SPM, Mastika, Nur, Sarina, Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan New Straits Times.

Dr Halina juga pernah muncul dalam rancangan-rancangan televisyen sepertI Malaysia Hari Ini di TV3, Breaksfast show NTV7 dan Respon TV1. Beliau juga menjadi tetamu di radio RTM di Angkasapuri.

Dr Halina adalah seorang doktor pergigian yang berdaftar di bawah Majlis Pergigian Malaysia and Persatuan Pergigian Malaysia. Beliau pernah menjadi setiausaha kepada Persatuan Alumni Pergigian Universiti Malaya (MUDA) selama lima tahun semenjak 1996.

Sebagai seorang yang mempunyai nilai kasih-sayang yang tinggi dan sentiasa prihatin, beliau juga telah mengambil bahagian di bidang kemanusiaan dan projek-projek kemasyarakatan seperti di rumah perlindungan dan rumah kanak-kanak kurang upaya. Dr Halina sentiasa mengikuti perkembangan dunia pergigian untuk mengetahui segala kemajuan yang berlaku di bidang Teknologi Pergigian dan Bahan-Bahan pergigian sesuai dengan falsafah pendidikan berterusan yang diamalkannya. Jadi, yakinlah bahawa Dr Halina akan memberi mutu perkhidmatan sebaik yang mungkin kepada anda bagi menghilang ketakutan dan pengalamaman tidak selesa ketika berjumpa seorang doktor gigi.
Dr. Halina with patient
Dr. Halina with patient