Kelebihan
Amat penting bagi seseorang pesakit menikmati keselesaan sepanjang lawatan mereka ke klinik pergigian. Kami boleh melakukannya melalui teknik rawatan yang lembut dengan bantuan alat-alat dan bahan-bahan pergigian terkini.

Amalan pergigian melibatkan kerjasama dengan orang ramai dan berkomunikasi dengan mereka. Di pihak kami, ia melibatkan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran teknikal yang tinggi. Bagi membuat keputusan yang baik, satu pemahaman dan sifat menghargai tabiat manusia amat penting bagi mempengaruhi mana-mana perubahan yang diperlukan bagi kesihatan gigi.
Waiting Room - Halina Dental Clinic
Keselesaan juga bererti seseorang pesakit itu tidak perlu risau tentang kemudahan and peralatan yang sentiasa selamat dan bersih.

Kami memastikan bahawa prosedur penjagaan pesakit menepati piawaian yang diperlukan dalam amalan pergigian. Semua kelengkapan dan peralatan dibersih melalui proses sterilisasi. Di samping itu, peralatan di’autoclaved’ (sterilisasi yang menggunakan suhu dan tekanan yang tinggi) dan produk yang dipakai terhadap pesakit kebanyakannya terus dibuang.

Secara peribadi, saya amat suka menjadi seorang doktor pergigian dan saya amat memahami rasa cemas dan kerisauan seseorang pesakit setiap kali mereka datang untuk mengadakan temujanji untuk ke klinik pergigian. Saya akan pastikan bahawa saya melakukan apa saja yang terbaik untuk menghilangkan rasa cemas dan kerisauan mereka. Jadilah tetamu saya dalam memupuk kesihatan gigi yang baik.

Dengan teknik penjagaan gigi yang baik di rumah dan pemantauan yang kerap dilakukan, kami boleh membantu anda menjaga gigi, sebaik mungkin supaya ia kekal sepanjang hayat.